Sunday 15 April 2012

TSDayOut Kuala LAngat (Part 1)

Para Blogger tiba di lokasi pertama Perkampungan Orang Asli Pulau Carey Banting.
 Yehoooo untuk bulan ni dyat sekali lagi join event DAy Out Tourism Selangor.Untuk kali ini dyat join ke KUala Langat.Awal pagi mcm biasalah akan berkumpul di BAngsar.Kami bertolak lebih kurang Pukul 9am.agak lewat sikitkan.Udah le x Breakfast pagi tu...LAPaaarrr tuuu....

Sampai di Perkampunga Orang Asli di PUlau Carey lebih kurang pukul 10am.(agak agak) Sampai je terus menyaksikan Persembahan para Beliawanis Orang Asli membuat tarian budaya mereka.Memang Uniklah.Keunikannya adalah berasaskan Pakaiannya, Kraf dikepalanya dan muziknya memang layan.Walaupun perut berkeroncong.hihihihih
Para remaja melakukan aktiviti seprti tarian kebudayaannya

Salah satu watak untuk tarian tersebut

Tarian orang Asli amat Unik

Barisan  Pemuzik yang ketuai oleh PUAN MAZNAH GO Ladies!!

Sungguh cute kanak kanak ini ingin dirakamnya.KAnak kanak ini suka sangat bergambar.tq dik coz sudi dirakamkan gambar adik yang comel.

Peacee Yo!! budak comel ni nak buat Peace tapi mcm tulah jadinya.

BArisan Penari Perkampungan Orang Asli.




 Untuk makluman semua , Puan MAznah memberitahu bahawa KAum wanita yang ingin berkahwin perlu mengetahui atau mahir menyanyam.Barulah mereka boleh kahwin.hahahhaha kelakar pun ada kan.Itulah adat mereka sejak dulu lagi.Manakala bagi kaum lelaki pula perlulah pandai mengukir KAyu.Masyarakat orang asli ini memang Kreatifkan.TERbaik Woooo!!
Inilah Topeng yang digunakan oleh kaum lelaki untuk mermeriahkan lagi persmebahan mereka.

Salah satu tiang yang dijadikan ukiran yang unik lagi eksklusif

Hasil Anyaman orang sli memang Kreatif..

Selepas habis Persembahan Para Beliawanis Orang Asli kami berjalan kaki ke Kios Kraf pula yang di DOminasikan oleh kaum lelaki.Memang sungguh Unik mereka.Memang terbaik!!!

Sempat lagi dyat nk Pose dibelakang para Blogger lain.

Inilah Kios Kraf SAMRI KRAF Pulau Carey.Nama kios ini bersempenna nama beliau sendiri iaitu SAMri.Sesambil beliau mengukir pelabagai cerita dan pengalamannya.

Inilah EN.Samri dia adalah pewaris bapanya iaitu PION (kalau di KL Bermaksud Despatchkan?) sori En.Samri.Banyakkan  story encik Samri mengenai patung patung ukirannya antaranya mengenai ukiran seperti oarang dulu sentiasa menggambarkan muka muka yang seram, ganas dan comel.Beliau juga sempat bercerita mengenai jemputan oleh Kementerian untuk mengikuti rombongan ke CHINA (SHANG HAi) dan Paris.dia sungguh bersemangat menceritakannya.Beliau juga pernah masuk SUrat Khabar Harian Metro.Perghh Glamour tuuu..     
kami bertolak dari Perkampungan Orang Asli Pulau Carey lebih kurang pukul 12pm.untuk ke Warung Wak Dol Soto.Nak tahu cerita plak pasal Lunch kat WAK Dol Soto? kenalah tunggu next Entry Ok.....Cikidout!!

P?S: Next Entry pasal Lunch, Istana Lama Sultan Selangor, dan Penyampaian Hadiah Best Photo

Wasalam....

1 comment: