Thursday 31 October 2013

Muffin PARODY!!!!

As salam...

Mesti korang pelikkan kenapa Entry MUFFIN PARODY? hahahha ni semua ikutan PARODY semenjak akhir akhir nu.yang terbaru Minah Legolands.hahhahahha

Semalam My Wife ada buat Muffin Vanilla & Coklat coz ada orang Order.Alhamdulillah jumlah orang order 1300 Biji.

 Sesi Membakar didalam Oven.cantik melihat adunan mengembang...hahahhaa

Inilah HAsilnya Muffin Vanilla



Muffin di Biarkan sejuk sebelum di PAcking agar Kualitinya terjaga.


Muffin yang sudah di Packing
Kepada korang yang nk Order 'MUFFIN PARODY' bolehlah SMS Azie 012 6368094 atau Dyat 0172935861 Harganya pula bergantung kepada kuantiti Order ..

100 BIJI K BAWAH HANYA RM1
101 KE ATAS HANYA RM 0.80
 


/* termasuk Packing.


"Muffin Parody ni sesuai pelbagai MAjlis dan enak dimakan!!!! Insyaallah..

Wasalam....

Wednesday 30 October 2013

Hadiah Mesin Basuh 7kg

As salam

Syukur Alhamdulillah dah lama Kemarau...Gersang...ketandusan....kemenangan hadiah..semalam baru sampai Hadiah dari VANISH!!! ermm contest apa? rasanya yang Bg Tips cara basuh kain..

Last Minit punya kerja, pakai hentam je;ah tipsnya..alih alih dorang call nak hantar Mesin BAsuh..perghhh Syukurrr..Tapi Kali Ni MEsin BAsuh yang Kecil jer...Ingat Nak Let GO!!!!

SIAPA NAK BELI MESIN BASUH 7KG ni??




Tapikan dalam form tunjuk Front Load.Alih alih dapat Top Load..Huuuhhhh Terima jelahkan..Syukur....MODEL TSB-AWA820MM.nasiblah dorang sudi nak hantar Terima KAsih VANISH!!! & Sen HEng!!! Semoga Rezkiku..Rezkimu..REzkisemua mencurah curah umpama hujan yang turun membasahi bumi..AMIN...

Bercontest jangan mudah berputus Asa...Banyak yang Tak Menang daripada Menang tau Dyat ni...


Sekian..Jumpa Next Entry..(MOOD membuak buak nak Bercoret) hahhaha

Wasalam..

Pemandu Nyaris 'MAUT' di TAMAN MELATI




Kuala Lumpur 29 Oktober 2013, Seorang wanita yang dikenalai AYU (Bukan Nama sebenar) nyaris maut selepas kereta yang dipandunya terhumban ke dalam longkang selepas terlibat dalam kemalangan,Lokasi kejadian berlaku di Jalan Melati berhanpiran TAR Universiti.Jenis kenderaan kereta Proton Saga serta Proton Exora.Magsa tidak mengalami kecederaan.Syukur Alhamdulillah..

Menurut Ayu (Bukan Nama sebenar) kereta Proton Exora melanggar Lampu Isyarat Merah.dan menyebabkan kereta Ayu (bukan nama sebenar) hilang kawalan.Pemandu proton Exora iaitu AMOI (bukan Nama sebenar) mengaku kesalahan yang menyebabkan kemalangan berlaku.Kesesakan lalu Lintas yang teruk.menjadi tabiat pemandu bila berlaku kejadian mesti berhentikan kenderaan untuk melihat apa yang terjadi..hahaha Termasuk Dyat.



Semoga kita harus berhati hati tak kira dimana jua.Biar lambat Asalkan selamat..

Bye.................

Wasalam.

Tuesday 29 October 2013

Maggi Magic #Senang Dimasak Sedap Dimakan....

As salam Salam Sejahtera semua...

Siapa pernah mencuba masakan Maggi MAgic?sedap tak?huhuhu Bagi pendapat dyat ia sedap dan mudah disajikan..huhuhuhhu

Dyat dh mencuba Ayam Kari Maggi  dan Ayam Masak Kicap..memang sedapp...huhuuhuu Tak caya? Joom tengok ni..nampak Xsperasi mukaku..


Caranya pun sangat Mudah....Harganya pula berpatutan hanya RM3.80 Sahaja.Jom Cuba masak masak bersama maggi............Bila dah masak macam ni..adalah MISInya iaiatu join contestlah....dann HAdiahhnyaaa ialah...


Taraaaa...................Periuk Nasi Maggi MAgic!!!! Syukru Padamu Ya ALLAH diaats REzki buat hambamu ini..semoga rezkiku terus..dan Terus dimurahkan...AMIN...


Wasalam..


Jom Berdiet.................

As salam..


semalam melantak tak ingat punyaa.Makan sampai kembung perut.....Almaklumlah Masakan Mak...mana tak bertambah tambah..huhuhu..

Bila Nak pergi kerja baju seluar semuanya Tak Muat....KETAT!! AdakahBAju dan seluar sudah kecil? hahahhaaha JAWAPANNYA TIDAK!!!

Dyat semakin GEMOKK!!!! so kenalah BerDiet!!!.Hari ni Breakfast Epal Hijau dan Teh Detox je..



Bila Hari Hari Makan sedap dan besar e GEMUKLAH jadinya...Dengan tekad ..JOM Kita BerDIET!!!!

Semoga Maju JAya Dyat!!!

Wasalam..

Monday 28 October 2013

KL Fabulous Food 1Malaysia Hunt 2013

As Salam,


Hujung Minggu lepas penuh Aktiviti Kami, Sabtu lepas kami join KL Fabulous Food 1Malaysia Hunt 2013 (KLFF1MH13) anjuran NST.

Tahun lepas team USha Usha KL Join...So Tahun Ni Team Kitorang pulak sertai.

Team K!TORANG

 Acara bermula pukul 11pagi di LANAI SANTAI MATIC jalan Ampang.short briefing dan acara perasmian VISIT MALAYSIA 2014 pun adoo....tu yg lambat sikit start..

Belommm START

Goodies Bag

sebelum start sempat tangkap gambar...

SASAnyaa... (sambil Muntah Hiau)

Ok untuk tastnya....jom kita tengok...




Sebelum memulakan acara kenalah mengatur strategik!!!.... Joooommmm berlari....


Station 1: Central Market (makan nasi lemak + Satay lontong)




Sedapp Wooo NAsi Lemak Pak Naseer Air Asia.....umpama makan di awang awangan gituuu..hahahhahahah...korang nampak tak apa yg dyat nampak?
nantikan jawapannya last Entry...hahahah.Kami Team pertama ke Tempat CM.berlari dr Matic mencari teksi.Akhirnya sampai...huhuhu

Station 2: Restoaran A.Hassan Sdn Bhd (Ayam Kampung) - CHERAS


- Team Member yang buat task ni.gambar tak dapat nak snap coz dorang kena naik atas.dengar pun sedaaappp AYAM Kampung my favret.....Owhh Ayam kampung....



Station 3: Cendol & Rojak (bangsar)






Cuaca Panas terik Perghhhh terangkat Makan cendol.....Dah le berjalan jauh dari Bangsar Village ke tempat kejadian..Ini SEMUA SALAH PEMANDU TEKSI.hahahhahhahahaha sebab apa? Pemandu teksi KAYU!!! (senyapp jeeee).Cayaleh Ej!!!! hebat ko makankan..hahaha
Next kita ke Pantai Dalam Plak........huuhhhh

Station 4: Restoran Samree (Pantai Dalam)









Team member kena habiskan gulai kawah.Perghhhh nampak terangkat tuuu Gulai kawah tu..sedappppp Laju gak Minah ni Ngaapp...Hebat!!! hahahhahaha Jommmmmmke Wangsa Maju Plak....Terima Kasih pak cik teski yang bg cadangan naik Train dari Kerinchi je coz yang lain sesak...hihihii


Station 5: NZ Curry House (wangsa Maju)

Sampai sana Dyat punya turn makan roti Canai..sampaikan dorang tak sempat nak Snap my pict..katanyaaaa Roti Canai 2 keping dengan TEH TARIk...perghhh Sedaaappp!!!!!!


Station 6: En.Tan Kopitiam  Muslim (Rampai Buss park)


sedaapppnya Makan Roti bakar Plus Kopi Panas....indahnya minum dikala petang..........yummyyyyy aikk zizan Ali pun terselit gak.hahahaha Cepattt kakkak!!!!!!
next Jom ke Keramat Plak....

Station 7: Mi KEtam kuala Lumpur (keramat)

 Mi ketam Ni lambat gak sampai weii....dah le panas...so caranya kita sejukkan dulu yee.....AMOI Air Asia terkujuttt aku buat mcm tu hahhahhhahha



Jommmmm Makannnnnnn tak perasan dah Amoi tu snap pict aku.hahahahhaah time ni nak menikmati rasa Mi ketam pun tak de.coz sibuk nak habiskan je..hahahah yang Penting HABIS!!!!!

JOm ke Next Task!!!

Station 8: Shazana PAu (Kg BAru)



Kini ke station makan PAU!!! member ni baru je join Food Hunt ni..So kita kena support!!! each other!! tahniah Bro!! walaupun sikit lagi nak muntah hahahahhahhahah Terbaik!!!! Habis je kami ke Station terakhir!!! ke Seri Pacific Kuala Lumpur...

Station 9: SERI Pacific Kuala Lumpur FINAL!!






Yeahhhh task Terakhir pula nampak senangkan? PANAS!!! SEJUK!!! PEDAS!!! ada berannnnnn...Nasiblah My Team,,, sampai tiada pesaing...TErbaiklah Ej!!!!!

Akhirnya Team Kami dapat Tempat ke 8 daripada 150 Team!!! oklahkan....sementara menunggu team lain kami Join Game...nak tau game apakah?




Game yang Paling kelakar...Makan tanpa guna Tangan..hahahhahahahahah Yang Penting semua dapat HAMPER!!!

Event penyampaian hadiah sampi kul 5 lebih gaklah..NO LUCKY laaaa...huhuuuhuhh APA yang penting kita Enjoy!!!!

JUMPA diTAhun HAdapan KL FABULOUS FOODS HUNT 2014 YAA!!!!! Insyaallah..

Harap Banyak Lagi Sponsor!!!! Hadiah lagi Lumayan dan Makanan MAlaysia Yang Lagi gempak!!!

Wasalam.....

Friday 25 October 2013

Mi Kari Ketam Kuala Lumpur #sedaappppp Wo!!!

As salam & Salam Sejahtera,

Siapa Pernah Makan Mi Kari? Sedapkan? lagi sedap bila ada menu sampingan....cthh kerang, lala Ketam dan sebagainya.mesti MEletopppkan...

Lokasi Mi Kari Ketam terletak di bawah Flat bersebelahan Masjid di Keramat.kalau Nk try Makan Jomm singgahhhh

Senarai Harga Menu


Mi Kari KEtam Nipah Plus udang

BFF My Wife....

Mi Kari

Mi Kari KEtam Nipah
Harganya bergantung kepada Berat Ketam Nipah itu... RM9 per 100gram
udang pun sama..

Kalau nk datang pastikan Poket tebal sikit yer....huhuhuuh

Selamat menjamu selera...

Wasalam..

Thursday 24 October 2013

Spaghetti hasil Tangan Isteriku...........

As Salam & Salam Sejahtera


Kali nak cerita Pasal Makan Makan jekan...hahhaha biasalah makan makan sudah menjadi tabiat orang malaysia..Siang Malam Makannn jekan..termasuklah dyat.hahahha

Kali ni kami Dinner Spaghetti.



Dulu Dyat tidak gemarkan Spaghetti....tetapi bila dah berkahwin ni...Ehem Ehem....terus suka SPaghetti..kaaaan.................Yang lagi sedapp bila ia Hasil tangan Isteriku...memang bertambah tambahlah.......Kalau menu diluar kenikmatan kurang berbanding makan diRumah.kan..kan..Kan...

Ok next kita cite pasal Makanan lain plak yer.....hahahhahhaa

Wasalam..

Ultimate Food Challange #Sunway Pyramid

As salam n salam Sejahtera semua...


Lepas berkongsi event bersama Tourism Selangor ke Banting.Ahad pula Event bersama #Sunway Pyramid plak...Kali ni Berpesta Makan Makan.Last 2 years dyat ada join makan Nando's yummyyy..

para peserta menantikan pelepasan...hahahhahaha


Sediaaaaa Mulaaaaaa...............


Makan Dubu Dubu...

Makan Dubu Dubu jugaa

Cayiookkk!!!!!

My turn plak..................makan The Chicken rice Shop!!!



Dyat kena makan 2 bekas Nasi Ayam..bekas pertama pantas makan..bila yang kedua terus slow hahahhahaha xp..try for fun!!! KALAH DENGAN JAYANYA!!!!

Harap Sunway Pyramid mengadakan Event ni setiap tahun!!! I Like!!!

jUMPA next year yo!!!!


Wasalam

Wednesday 23 October 2013

JOM KE BANTING... #TSDAYOUT

As Salam dan Salam Sejahtera,






Adakah korang peminat Nasi lemak Sotong, Kerepek Ubi,dan juga peminat Badak Sumbu?yang nama Femesnya Hyppo...huhuhuhuhuhu semuanya ada di Selangor....

Untuk #TSDayOut kali ni dyat berpeluang menyingga ke Negeri Selangor di Daerah Kuala Langat iaitu BANTING......sebut sahaja banting mesti terfikir Loghat jawa kan.? makannnya yang sedap disamping tempat yang menarik menjadi tumpuan Pelancong Asing dan Tempatan.

Aktiviti kali ni #Tourism Selangor membawa kami makan yang sangat terkenal rakyat Malaysia iaitu NASI LEMAK SAMBAL SOTONG.perghhhhh dengar pun dah meleh leleh air liurkan...


Nasi LEmak bersama Sambal Sotong dan Tempe.




Kuih Trasional Melayu tetap menjadi santapan Popular .Sedaap..

Harga nasi lemak amatlah berpatutan.Sotong sambal sangat teranggatlah!!! pedas!!.Warung ni sangat Femes dikawasan ini.Tak kira bangsa makan disini..Tak percaya? jommm Ushaaaa gambar ni..



Pelbagai Bangsa makan Nasi lemak disini..1Malaysia!!!! katanyaaa

Inilah Diantara Blogger  tekenal.Femes Amos gituuu...



Inilah Pemilik Pemilik kedai Nasi Lemak!!!! ...nampaklan Keharmonian...



Untuk makluman Kedai ini dibuka sampai pukul 12am tau!!! so korang bolehlah lepak lama


Nasi Lemak Sotong Pak Musa

Jalan Suasa 1

Banting, Selangor 42700

Selepas perut dah kenyang bersarapan pagi....Kami dibawa pula ke ROS KEREPEK.......WOW!!! BESTNYA!!!!!!!!!!!!!!!!!

Pemilik 100% Bumiputra

BOS ROS Kerepek bersama BOS TS
 Ros Kerepek hanya memasarkan pasaran Domestik sahaja.Perusahaan ini mula beroperasi seawal 1989.perniagaan keluarga.Seluas 150 Hektar Tanah untuk menanam Ubi yang berkualiti tinggi.Sebanyak 3tan sehari Kentang diproses untuk dipasarkan diseluruh Negeri.Pelbagai jenis kerepek seperti UBI Kentang, Pisang.

Pembuangan Kulit Ubi  dilakukan secara manual.

kerja perlua dialkukan secara berhemah bagi mengekalkan kualiti Ubi.

Ubi perlulah direndamkan agar Kanji tidak berkumpul dan Ubi kentang UMPPHH!!!! Sedaap!!!



Pemprosesan kerepek Ubi nampak mudahkan? tapi ia perlu dilakukan dengan teliti agar kualiti kerangupan kerepek dikekalkan dan sedap.kepada yang ingin membeli keperek borong jom terjah,,,, ROS KEREPEK.


Ros Kerepek


42700 Banting, Selangor, Malaysia.

Jomlah Support Hasil buatan MALAYSIA....Selepas melawat dan membeli Kerepek..kita pergi melawat Hyppo plak...nama tempatnya PAYA INDAH WETLANDS (PIW) untuk maklumat korang, PIW ini dahulunya tempat bekas lombong Bijih Timah yang beroperasi pada 1983 hingga 1997.Seluas 450.769 hektar daripada tanah lembab ini telah diwartakan sebagai tapak perlindungan 'WETLANDS' dibawah kanun Tanah negara 1965.Jabatan PERHILITAN mengambil alih secara rasminya dan dibuka semula pada 20 Oktober 2008.


Perasmian oleh Mantan PM Malaysia.TUN M.



melawat PIW lagi syiok naik basikal...

Station 1: Kolam Itik.







Bayaran Masuk PIW amatlah berpatutan.Banyak aktiviti yang boleh disertai pengunjung dPIW.antaranya  Hippo feeding, Crocs feeding, Fish Feeding, pemerhatian burung, memancing dan macam macam lagi,.Untuk makluman PIW dibuka 365 hari, untuk melihat Buaya diberi makanan hanya dilakukan pada hari sabtu dan ahad SAHAJA pada jam 11 pagi,.


Station ke 2: Kolam Buaya





Seekor Ayam boleh bertahan selama 2 hari...
Station 3: Zone Badak

Terdapat Banyak Buaya didalam kolam ini.untuk makluman jika buaya betina akan bertelur.Pihak PIW akan mengambil telur tersebut untuk mengelakkan berlaku kepadatan buaya yang boleh memadatkan lagi kolam tersebut,

Senyum lebarrrr je Hyppo ni....


 1...2.............3............................Nahhhhhhhhhhhhhhhhh Amik kooooo


buah Betik...pisang segalanya disumbat!!!!


Nama Hyppo diatas adalah Juwita dan nama baby dia Lily....kepada yang tengok Live Hyppo jom singgah...di Alamat
 

Paya Indah Wetlands
Jabatan Perhilitan
Km 4, Jalan Dengkil - Banting
43800 Dengkil
Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Tel: +603-87687616
Fax: +603-87688424

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi :


Paya Indah Wetlands,
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN)
KM4, Jalan Dengkil-Banting,

43800 Dengkil, Selangor

Tel: 03-8768 7616 / 03-8768 8726
Faks: 03-8768 8424


- See more at: http://www.nre.gov.my/Malay/EkoPelancongan/Pages/PayaIndahWetlands.aspx#sthash.132q6tAK.dpuf

 Jika nak bermalam pun bleh juga..harga Chalet hanya RM120/night sahaja....












Terdapat banyak Chalet yang boleh disewa.berbaloi tau sambil Bersafari Night kat PIW!!!!
Selesai menjelalajah..kami singgah di Restoran Pangling.





Sajian Makanannya sangatlah Sedap!! terima Kasih diatas layanan yang mantap!!!

Sesi Penyampaian hadiah plakkk......

AKhirnyaaaa..........................................Syukurrrrrr


Salah seorang pemenang gambar terbaik!!!!!eh cantik ke yang dyat hantar?


Terima Kasih #Tourism Selangor kerana sudi membawa dyat menerokai tempat menarik yang ada di negeri Selangor,banyak informasi yang dyat dapat dari Xplorasi ini...Semoga TS terus menjalankan aktiviti seperti ini demi mempromosi pelancongan MALAYSIA terutama diNegeri Selangor yang Kaya dengan buday dan makanan yang enak!!!

HUJUNG MINGGU DIMANFAATKAN DENGAN AKTIVITI BERFAEDAH!!!!!


JOMMM TEROKAI NEGERI SELANGOR!!!!

P/S; Jangan Lupa Follow Twitter TOURISM SELANGOR dan Facebook untuk lokasi setiap bulan!!!!


Wasalam..


Untuk maklumat lanjut, sila hubungi :


Paya Indah Wetlands,
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN)
KM4, Jalan Dengkil-Banting,

43800 Dengkil, Selangor

Tel: 03-8768 7616 / 03-8768 8726
Faks: 03-8768 8424


- See more at: http://www.nre.gov.my/Malay/EkoPelancongan/Pages/PayaIndahWetlands.aspx#sthash.132q6tAK.dpuf
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi :


Paya Indah Wetlands,
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN)
KM4, Jalan Dengkil-Banting,

43800 Dengkil, Selangor

Tel: 03-8768 7616 / 03-8768 8726
Faks: 03-8768 8424


- See more at: http://www.nre.gov.my/Malay/EkoPelancongan/Pages/PayaIndahWetlands.aspx#sthash.132q6tAK.dpuf