Tuesday 22 April 2014

Filem SNIPER


As Salam,


Selamat Tahun 2014 semua..heheh aik pelikkan...Almaklumlah Blog dyat ni lama dah Bersawang.dah mcm Laman sesawang..hahahha

 Untuk pertama kalinya dyat mendapat jemputan ketayangan filem SNIPER bersama barisan pelakon SNIPER, Penerbit MIG, Media & Blogger serta Pembaca MIG Online.Dewan Penuh sampaikan ada yang duduk diTangga.Nampak Hebatkan....




Penerbit : Mejar (K) David Teo
Pengarah: Pierre Andre
Skrip: Panel MIG / Pierre Andre
Pelakon: FAdlan Hazim, Nina Iskandar, Mikael Andre, Pablo Amirul, Adiba Yunus, Bil Azali, Delimawati.

Sinopsis:

Ahmad (Mikail Andre) Merupakan bekas pegawai tentera yang telah dibuang kerja kerana mempunyai masalah disiplin sendiri.Rafi lakonan Fadlan Hazim pula merupakan seorang atlit penembak tepat yang telah diculik untuk satu permainan.Mereka Berdua ditemukan dalam sebuah permainan pembunuhan yang dicipta oleh seorang yang tidak dikenali,JIm lakonan Pablo Amirul adalah pelakon baru juga terperangkap didalam permainan tersebut dan secara tidak langsung telah mengakibatkan permainan itu lebih mencabar kerana tidak seorang pun yang tahu siapa dal;ang disebalik permainan ini.Harlina watak yang dilakonkan oleh NINA Iskandar yang kini meningkat naik mengetahui tunangnya, Rfi telah diculik untuk permainan itu.Dia Kemudiannya panik dan risau tentang kejadian itu.Berbekalkan SNIPEr dan beberapa Butir peluru, mereka dikehendaki untuk membunuh antara satu sama lain bagi melepaskan diri masing masing.Dalam Kemelut tersebut, HArlina pula telah diculik untuk dijadikan tebusan dalam permainan Ini.

WOW!! suspenkan....penuh debaran...






Mesti korang nak tahu siapa dalang disebalik Pemainan ini? adakah Rafi dan HArlina Terselamat? dan Apakah sebenarnya permainan yang cuba dilakukan?

Nyawa atau Nyawa, jangan lupa saksikan beramai ramai dipawagan berhampiran tempat anda bermula 24 APRIL 2014
 Untuk  makluman ini adalah Filem ke-91 terbitan MIG.


'Bintang Dicipta bukan dilahirkan' itulah kata kata hikmah dari Mr David Teo.MIG sentiasa membuka peluang kepada generasi baru untuk mengasah bakat yang.ada.korang yang mempunyai bakat pengarahan, bakat lakonan trylah nasib manatahu korang berjaya dimasa akan datang.Tahniah MIG sentiasa memberi peluang bakat baru.

Tahun 2014 juga akan banyak Filem Melayu yang menarik dari MIG sepert;-
- AWAK NAK KAHWIN DENGAN SAYA? (22 Mei 2014)
- PENGANTIN MALAM (19 JUN 2014)

Banyak filem sepanjang tahun yang MIG tayangkan seperti ADNAN SEMPIT SAWADIKAP, NASI TANGAS (NASI KANGKANG), KELIBAT dan banyak lagi.

Terima Kasih kepada MIG kerana sudi menjemput Dyat ke Malam Pratonton..........

Selamat Menonton!!!
T