Monday 3 June 2013

IKEA 25-Hour Cook-off

As salam, apa khabar semua,

Wah selamat datang bulan baru, semoga bulan baru ini penuh dengan keberkatan dan dimurahkan rezki olehNya aminn..

Ok untuk kali ni dyat nak cerita pasal apa itu IKEA 25-HOur Cook- Off? mesti ramai dah tahu pasal event ni kan.ala masak masak selama 25 jam di Ikea.Perghhh agak mencabarkan.Itulah yang dyat mahu cabaran.yang penting ada hadiah lumayan menanti kita.

untuk makluman semua pendaftaran sudah ditutup pada 2 jun 2013.dyat hentam kromok je submit video yang kelakar hahhaha kalau x try mana tahukan..

Ikatan kasih sayang adalah untuk selama-lamanya. Oleh kerana itulah dapur IKEA dijamin selama 25 tahun bagi membolehkan pelanggan kami mencipta detik-detik indah yang kekal di rumah mereka. Sekiranya anda mempunyai hubungan istimewa yang mampu bertahan di uji masa, maka berpasanganlah dengan insan istimewa tersebut, dan sertai cabaran IKEA 25-Hour Cook-off untuk membuktikan bahawa hubungan dan ikatan kasih sayang anda wujud untuk kekal selama-lamanya.


Untuk cabaran ini IKEA 25-Hour Cook-off juga mengalu-alukan penampilan Anis Nabilah selaku pengadil jemputan. Beliau merupakan chef selebriti Malaysia dan juga pengacara bagi pelbagai rancangan memasak seperti ‘Icip-icip’, Ideal Celebrity Chef dan ‘Menari Resipi Turun Temurun’.

Hadiah-hadiah hebat di dalam bentuk IKEA Gift Card adalah seperti berikut:
Satu (1) Hadiah Utama  RM10,000
Satu (1) Hadiah ke-2   RM6,000
Satu (1) Hadiah ke-3   RM4,000
Sembilan (9) Hadiah Saguhati RM2,000/setiap pasangan

Ingin sertai cabaran IKEA 25-Hour Cook-Off?
Layari laman web www.IKEA.com.my/cookoff bermula daripada 13 Mei hingga 2 Jun, 2013 untuk mendaftar dan rekodkan video penyertaan selama 25 saat dengan pasangan anda, ibu bapa atau rakan baik mengenai mengapa anda inginkan dapur idaman IKEA.  Rakam idea nukilan anda sendiri, berseronoklah semasa membuatnya dan muat naik untuk menyertai salah satu daripada acara paling menyeronokkan daripada IKEA.
Dua belas (12) penyertaan yang paling unik dan kreatif akan dipilih untuk menyertai cabaran IKEA 25-Hour Cook-off bermula daripada 10 pagi, 14 Jun hingga 11 pagi, 15 Jun, 2013 di Gedung IKEA.  Peserta finalis akan dimaklumkan melalui emel, panggilan telefon dan melalui paparan di www.IKEA.com.my/cookoff.

korang nak tengok tak video POyo dyat hahaha..

Poyokan..hahahhaha

kalau ada rezki dapatlah if tak..cuba lain next event..Insyallah..amin
Kepada yang terpilih selamat berjuang didapur..

Wasalam..

No comments:

Post a Comment