As salam....
TErgamamnya apabila dyat terbaca berita yang mengaitkan BAYI....MAsyaallah...apakah Punca ia berlaku?siapakah yang patut dipersalahkan?
APakah salah Bayi ini..............
KELAR BAYI DLM ASRAMA -Metro-
BETONG: Hanya kerana teman lelaki tidak mahu menerima  anak luar nikah dalam kandungannya, seorang pelajar berusia 16 tahun  mengelar bayi perempuan baru dilahirkannya sehingga mati dan perut  terburai di bilik asrama sekolahnya di sini, semalam.
Kejadian  menggemparkan itu berlaku kira-kira jam 7.40 pagi dan pelajar tingkatan  empat terbabit dikatakan melahirkan bayi cukup sifat sebelum dia  mengelar bayinya yang masih hidup itu dengan pisau pemotong sayur  sepanjang 15 sentimeter.
Sumber berkata, sebelum kejadian,  pelajar terbabit dikatakan gagal hadir ke kelas sehingga menimbulkan  rasa curiga seorang guru lelaki berusia 41 tahun yang kemudian ke bilik  asramanya.
Menurutnya, sebaik tiba di bilik pelajar berkenaan,  guru itu terkejut apabila mendapati satu mayat bayi perempuan cukup  sifat berlumuran darah di atas lantai berhampiran katil suspek.
"JAga Diri..Jaga MAruah..Jaga Pergaulan...Pasti AKhlak Anda terjaga!!!!!
 
 
Wasalam

 
 
No comments:
Post a Comment