Saturday, 4 May 2013

Khursus PRA-PERKAHWINAN di MAsjid Negara







 
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatu
Alhamdulillah, Syukur ke HAdrat ALLAH SWT kerana dengan kehendaknya dan izin-Nya, dyat masih lagi diberi peluang untuk  hidup dibumi ALLAh ini.Mesti korang pelikkan kenapalah rajin plak dyat update blog dia.hahah jawapannya sabtu tu ada 2 event.
 

Maklumat cara mendaftar khursus Pra Perkahwinan.
 
Sabtu lepas dyat menyertai Khursus PRA PERKAHWINAN.di MAsjid Negara.Kebetulan pada tarikh tersebut sedang berlangsunag KArnival Syariah (26-28 April 2013).Khursus tersebut bermula sabtu jam 2.30 petang yang dikendalikan oleh PUSAT PEMBANGUNAN KELUARGA ISLAM (PPKI) di bawah JAWI.Syukur alhamdulillah dyat dengan jayanya menyelesaikan khursus tersebut. Banyak ilmu yang dyat perolehi dari khursus tersebut.Untuk makluman kengkawan bermula 1 JUN 2013 penambahan format khursus iaitu ujian bertulis.hihihih Lega dyat dah lepas.so korang cepat cepat lah buat.Insyallah lepas buat mesti Jodoh akan dekat.yang penting Niat kita menimba ilmu.betul tak?


Pengunjung mendengar info mengenai penyembelihan Ayam.

Antara Booth JAwi



 Selepas berjalan jalan disetiap Booth dyat terus mendaftrakan diri ke Khursus tu laaa...


Sesi Pendaftaran bermula..

Tunjuk Arah ke Tempat Khursus


Pada hari pertama (Sabtu)
 2.30- 4.30 petang- PERKAHWINAN DALAM ISLAM  & PROSEDUR PERKAHWINAN
Ustaz tersebut banyak memberi ilmu berlandaskan Islam.Ramai jugak peserta Bakal Raja sehari yang join.ada jugak yang datang walaupun belum bertunang (masih solo).Yang Penting Nawaitu kita untuk menuntut ilmu kan...Ustaz tu serius wooooo Terima KAsih Ustaz diatas Ilmu.

4.30-4.45 petang:- Rehat / Solat Asar.                                                                                                                                          
4.45- 6.45 Petang:-KOMUNIKASI SUAMI ISTERII & PENGURUSAN SUMBER KELUARGA.
Ceramah ni memang best kenapa? cara penyampaian Ustaz Azhar sangatlah sempoi dan bijak berjenaka.Ini salah satu faktor menarik perhatian seperti dyat tekun mendengarnya.gelak sakan kami dengat ceramah Ustaz Azhar ni.Gelak gelak jugak.Ilmu jangan dilupa ya.banyak Tips Ilmu rumahtangga dyat dapat.Tips berkomunkasi dengan isteri nanti.Terima Kasih Ustaz Azhar keran buat dyat x mengantuk.
Untuk hari Pertama khursus Pra Perkahwinan habis untuk sabtu.disambung esok..........nya..



HAri Kedua (ahad)
Untuk hari ke dua ni agak awal bermula tau.jam 830am dah start majlis.perghhh Alhamdulillah dyat tiada masalah bangun awal.dah set time handphone.Alhamdulillah Solat subuh tak dilupa.Sampai di MAsjid Negara lebih kurang pukul 8am.Awalkan? mestilah nak menuntut ilmu kenalah awal.(ayat Poyo)

8.30-10.30 pagi- HUBUNGAN DALAM KELUARGA & PENGURUSAN KONFLIK SUAMI ISTERI

 Nama penceramahnya Ustaz Daim Bin Jaluli mukadimah dimulakan dengan agak serius, lama kelamaan jenaka diselitkan supaya pseserta tidak bosan.betul gakkan.kalau straight je mudah mengantuk tau.(pengalaman sendiri)BAnyak Ilmu yang dikongsi berlandaskan hukum syarak.Terima Kasih Ustaz Daim.yang paling penting "LANGKAWi' mesti tak dilupakan.Sempoi....... Permulaan ceramah yang best!! gelak ketawa juga diselitkan.Masa terasa kejap je bila kusyuk mendengarnya.

10.30- 11.00 pagi : Minum pagi (Nasi Lemak & Teh Tarik) Syukur..Alhamdullilah sedap.Terima KAsih Urusetia.

11.00- 1.00 Petang: PENGURUSAN KESIHATAN & PENGURUSAN STRESS

Ustazah MAzlin muka nampak serius tau tapi bila diMula berceramah pandai gak buat lawak.Banyak Tips dan ilmu mengenai penjagaan pemakanan, penjagaan kesihatan, demia kesejahteraan bahtera yang dibina.Ustazah MAzlin ni bijak mengambil peluang menyuruh peserta menulis 'apakah perkara yang membuat anda stress ditempat kerja'  motifnya agar supaya kita jangan membawa konflik di tempat kerja sehingga ke rumah.Hasil tulisan kita kena tukar dengan kawan disebelah.punyalah lawak bila ustazah suruh kami baca.hihihihihi.Terima Kasih Ustazah diatas ilmu buat kami yang baru nak mengenali Alam Perkahwinan.kepada korang yang mempunyai masalah pengurusan rumahtangga silalah LIKE FAcebook Ustzah MAzlin iaitu MAZLIN COLLECTION (Gambar Minyak Wangi) tau.....
..
1.00- 2.00petang: Makan Tengah hari / Solat Zohor  (menunya sangat sedap: Ayam masak kurma, ikan goreng, sayur goreng , ulaman dan paling best sambal belacan.sedaappp!!!! Syukur)yang paling penting solat berjemaah di MAsjid.

2.00- 4.00petang: IBADAH & AKHLAK SUAMI ISTERI
Antara Ustaz yang paling best kali ni.permulaan sangatlah membuat peserta tak kering gusi dengan ceramah Ustaz  yang bersahaja dan penuh Tips demi menjaga keharmonian rumah tangga kita nanti.Dyat paling suka ustaz berceramah dengan Nada yang nyaring.dan jelas.Serius beb kalau tertidor pun boleh bangun.Terima Kasih UStaz diatas ceraah ustaz yang membuat kami tak ngantuk.Yang penting ilmu banyak ditimba walaupun gelak ketawa.

4.00- 4.30 petang: minum petang (kuih muih) selepas tu solat Asar berjemaah.

4.30-6.30 petang : PEMBUBARAN PERKAHWINAN & AKIDAH

Tajuk terakhir mengenai Undang undang.penceramahnya Ustaz NAsir.banyak pengalamnnya diselitkan.ketegori talak.dan cara mengadu jika terdapat permasalahan di dalam rumah tangga.Cara menjaga Akidah suami isteri.Terima Kasih Ustaz NAsir diatas Ilmu yang telah diberikan.
Maka berakhirlah khursus dyat selama 1 hari setengah,banyak Ilmu, Tips yang amat penting didalam rumah Tangga.Apa yang penting sekali ialah SOLAT 5 Waktu, itulah tips yang paling penting demi kesejahteraan keluarga.Sebelum balik dyat tunggu Solat MAghrib berjemaah.Terima Kasih Pihak PPKI diatas  penganjuran Khursus ini yang sangat Berjaya.kepada yang ingin sertai khursus ini silalah SMS 24 jam ke 012-9796387 atau 012-2456675 kerana sangat mudah untuk sertainya.Yuran yang dikenakan hanyalah RM80.00 sahaja.
Rasanya sampi sini jelah critaDyat kali ni.huhhhh hujung minggu yang sangat padat dengan Ilmu duniawi dan ukhrawi.Syukur..

Esok adalah hari bersejarah buat kita semua.Pilihlah Calon yang menjadi pilihan anda.Buat pilihan yang BIjak demi masa depan negara.Selamat Membuang Undi ye!!!!!!!

Wasalam.

No comments:

Post a Comment